Page 35 - ICGE VIII - ABSTRACT BOOK UPDATED 22 NOV 2020
P. 35
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN
‘INPRASYS’ INTERNAL PRACTICAL SYSTEM BAGI KURSUS OFFICE
ADMINISTRATION 2 BERASASKAN MODEL PENERIMAAN
TEKNOLOGI (TAM)
Nor Izwana Mohd Johari, Malisa Ainun Noor A.Malek,
Annafatmawaty Ismail
(norizwana@polisas.edu.my)
Abstrak
Pembangunan sistem maklumat bukanlah satu yang baru dalam perkembangan dunia
teknologi di negara ini. Perkembangan teknologi maklumat kini mempunyai manfaat
motivasi yang berupaya untuk menarik minat pelajar agar terus aktif dalam
pembelajaran. Perubahan teknologi yang pantas pada masa kini menyebabkan kaedah
tugasan dan penilaian markah menggunakan kertas yang dicetak di atas kertas tidak
lagi relevan. Sehubungan itu, satu sistem pengurusan maklumat mengenai latihan
telah dibangunkan dan dikenali sebagai Internal Practical System atau INPRASYS
bagi kursus Office Administration 2, Diploma Sains Kesetiausahaan, Politeknik
Sultan Haji Ahmad Shah. Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti keberkesanan
penggunaan INPRASYS dari aspek kebolehgunaan dan kemudahgunaan berdasarkan
Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kajian ini merupakan kajian deskriptif
berbentuk tinjauan dan menggunakan kaedah kuantitatif. Sampel kajian terdiri
daripada 30 pelajar semester 3, Dilpoma Sains Kesetiausahaan (DSK) bagi sesi
Disember 2019, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pembolehubah kebolehgunaan dan kemudahgunaan mempunyai hubungan
yang signifikan terhadap kecenderungan menggunakan INPRASYS.
Kata kunci: Model TAM, kemudahgunaan, kebolehgunaan, kecenderungan
33

