Page 1 - PENGERTIAN RAJA DAN KERAJAAN_2
P. 1
Hari : Selasa Tarikh : 26 Januari 2021
Tema : Kedaulatan Negara
Tajuk : Warisan Negara Kita
Unit 1: Institusi Raja Payung Negara
PENGERTIAN RAJA DAN KERAJAAN
1. Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi bagi sesebuah kerajaan berdaulat.
2. Kerajaan pula bermaksud negeri atau negara yang ditadbir secara sah.
3. Raja atau Sultan berperanan sebagai ketua negeri bagi memastikan keamanan dan
keharmonian dalam negeri supaya sentiasa terjamin.
BIL NEGERI GELARAN
1 Perlis Raja
2 Kedah Sultan
3 Perak Sultan
4 Selangor Sultan
5 Kelantan Sultan
6 Terengganu Sultan
7 Pahang Sultan
8 Johor Sultan
9 Negeri Sembilan Yang di-Pertuan Besar
4. Kini, terdapat Sembilan buah negeri yang mengamalkan institusi raja. Ketua negeri
tersebut menggunakan gelaran yang berbeza-beza iaitu.
5. Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai institusi raja. Yang di-
Pertua Negeri dilantik sebagai ketua negeri oleh Yang di-Pertuan Agong.
6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah
Persekutuan Labuan diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong.
7. Di Negeri Sembilan, rajanya digelar sebagai Yang di-Pertuan Besar, manakala di Perlis,
gelaran Raja dikekalkan untuk pemerintahannya.

