Page 2 - PENGERTIAN RAJA DAN KERAJAAN_2
P. 2
KONSEP WAADAT ANTARA RAJA DAN RAKYAT
1. Sikap taat setia rakyat terhadap raja telah terjalin sejak zaman dahulu lagi.
2. Dalam buku Sulalatus Salatin, waadat atau perjanjian yang termeterai antara raja,
iaitu Seri Teri Buana dengan rakyat, iaitu Demang Lebar Daun menjadi asas pemben-
tukan sikap taat setia tersebut.
3. Rakyat berjanji untuk memberikan taat setia kepada raja. Raja pula berjanji untuk
memerintah rakyat dengan adil dan saksama.
5. Apabila negara merdeka, konsep waadat tersebut dimaktubkan dalam prinsip
kedua Rukun Negara, iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
6. Oleh itu, kita sebagai rakyat haruslah memberikan taat setia yang sepenuhnya
kepada Raja atau Sultan.

