Page 4 - hari aspresiasi 2019 2 (1)
P. 4

Seuntai Kata PERASMI








              Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


                     Terlebih dahulu, saya menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya kita
              dapat berhimpun dan meraikan kejayaan para pelajar dalam Majlis Apresiasi Akademik MRSM Batu Pahat
              dan juga perasmian mesyuarat agung badan pemuafakatan pendidikan mara cawangan MRSM Batu Pahat
              ke -17 2019
                     Saya  percaya  bahawa  majlis  penghargaan  seumpama  ini  sebagai  suatu  motivasi  untuk  terus
              berjaya. Pencapaian yang amat cemerlang dalam peperiksaan di MRSM diharapkan  konsisten dan  mampu
              dijadikan  sumber  inspirasi  untuk  meraih  kejayaan  yang  terunggul  pada  masa-masa  akan  datang.
              Sememangnya  ilmu  pengetahuan  itu  perlu  dituntut  sebanyak  mungkin  oleh  para  pelajar  lebih-lebih  lagi
              dalam dunia tanpa sempadan dan arus globalisasi yang telah mengambarkan persaingan yang kuat dan
              sihat seluruh dunia.
                     Pada kesempatan ini juga saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pendidik MRSM
              Batu Pahat yang telah memainkan peranan yang amat besar dalam mendidik dan mencurahkan segala ilmu
              pengetahuan  demi  merealisasikan  kejayaan  pelajar.  Sesungguhnya  pengorbanan  tuan  puan  telah
              membentuk para pelajar ini sebagai modal insan serta generasi kamil yang berpotensi untuk memajukan
              bangsa dan negara pada masa akan datang.

                     Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam memberi
              dorongan  serta  keprihatinan  kepada  para  pelajar.  Motivasi  daripada  ibu  bapa  sangat  diperlukan  dalam
              proses anak –anak pelajar menimba ilmu pengetahuan. Diharapkan agar sokongan yang diberikan kepada
              anak-anak ini diteruskan dalam memastikan kejayaan dapat terus ditempa oleh mereka.
                     Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
              dalam menjayakan Majlis Apresiasi Akademik dan juga perasmian mesyuarat agung badan pemuafakatan
              pendidikan mara cawangan MRSM Batu Pahat ke -17 ,2019 pada tahun ini. Semoga kerjasama guru-guru
              dan ibu bapa akan menambahkan lagi kecemerlangan anak anak pelajar.


              Sekian, terima kasih.


              YB Tuan Mohd Khuzzan b. Abu Bakar
              Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor







                           Majlis Apresiasi Akademik dan Perasmian Mesyuarat Agung Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA
                                                                    (MUAFAKAT) Cawangan MRSM  Batu Pahat kali ke-17
       4                                                      6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9