Page 5 - hari aspresiasi 2019 2 (1)
P. 5

Semanis Bicara PENGETUA








                Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

                        Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita meraikan Majlis

                Apresiasi  Akademik  Maktab  Rendah  Sains  MARA  bagi  tahun  2019  ini.  Majlis  yang  berkreteria
                eksklusif  ini  bertujuan  sebagai  menghargai  pencapaian  pelajar-pelajar  yang  telah  berusaha
                bersungguh-sungguh dalam menghadapi peperiksaan. Penghargaan juga dizahirkan kepada semua
                warga pendidik yang tidak mengenal erti penat dan jemu dalam mendidik pelajar-pelajar sehingga
                berjaya.



                        Sekalung  penghargaan  juga  buat  para  ibu  bapa  yang  sentiasa  memberi  dorongan  dan
                sokong  dalam  memastikan  anak-anak  pelajar  meraih  kejayaan.  Semoga  pelajar-pelajar  ini
                seterusnya  berjaya  dalam  kehidupan  di  dunia  mahu  pun  di  akhirat.  Akhir  kata,  saya  ingin
                mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
                menjayakan majlis pada kali ini.


                Sekian, terima kasih.





                Datin Molizah Alis bt Abdul Malek

                Pengetua MRSM Batu Pahat, Johor



















                          Majlis Apresiasi Akademik dan Perasmian Mesyuarat Agung Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA
                                                                    (MUAFAKAT) Cawangan MRSM  Batu Pahat kali ke-17
                                                              7                                                    5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10