Page 207 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 207

(a) Tujuan Bahagian Fungsian Pengagihan
                     Celik Kewangan
                  RM
                                             Tujuan bahagian fungsian pengagihan dibentuk adalah untuk
                 Setiap perniagaan perlu     me mastikan setiap barang yang dikeluarkan dapat diterima oleh
                 mengagihkan semua sumber
                 yang terlibat termasuk sumber   pengguna mengikut tempat dan masa yang betul. Selain itu,
                 kewangan mengikut keutamaan.  bahagian ini juga perlu memastikan pemilihan setiap saluran
                                             agihan perlu bersesuaian dengan jenis barang yang hendak
                                             dipasarkan. Bahagian ini juga akan memastikan pengangkutan
                                             yang  digunakan  juga  bersesuaian  dengan  barang  yang  hendak
                                             diagihkan agar tidak berlaku pembaziran masa dan kos.

                                             Fungsian pengagihan tersebut ditunjukkan seperti dalam gambar
                                             foto 4.7 dan 4.8 yang berikut:


                                                             Memastikan kenderaan tidak pulang dalam
                 Menentukan lokasi dan destinasi penghantaran  keadaan kosong, iaitu dengan membawa
                                                             barangan untuk dihantar dan dikutip














          Bab 4





                       Gambar foto 4.7  Merancang perjalanan          Gambar foto 4.8  Pengagihan barang


                                             (b)  Peranan Bahagian Fungsian
                     Minda Kreatif
                                                  Pengagihan
                 Bincangkan kesan kepada
                 perniagaan sekiranya barang   Bahagian fungsian pengagihan memainkan beberapa peranan
                 tidak dapat dihantar pada masa   seperti memastikan barang disimpan dengan baik dan dilabel
                 yang ditetapkan.            sebelum dihantar pada waktu yang tepat. Selain itu, bahagian ini
                                             juga berperanan untuk memeriksa semua barang yang ditempah
                                             dan bertindak jika terdapat perbezaan atau kesilapan.

                                                 Bahagian fungsian pengagihan juga melibatkan aktiviti
                                             pengumpulan, pengangkutan dan pengedaran barang. Bahagian
                                             fungsian agihan turut berperanan untuk melengkapkan dokumen
                                             penghantaran, menyediakan  jadual  pergerakan kenderaan  dan
                                             menyelesaikan masalah proses pengagihan.


              192   BAB 4  Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan






       Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   192                                                       11/7/16   1:48 PM
   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212