Page 204 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 204

–  Kawalan utiliti mesin
                      Kawalan utiliti mesin memainkan peranan dengan              Minda Kreatif
                      memastikan peralatan dan mesin dalam keadaan baik,
                      mengawal  penggunaan  mesin,  membaiki  mesin  dengan   Jelaskan cara menaik taraf
                                                                              sistem sedia ada dalam sesebuah
                      segera jika berlaku kerosakan dan menyelia mesin secara   perniagaan bagi memastikan
                      konsisten dan berkala.                                  sistem yang wujud memberi
                                                                              impak positif kepada perniagaan.
                    –  Kawalan staf
                      Kawalan staf berperanan untuk memastikan semua staf bekerja
                      secara efektif, efisien dan fokus kepada sasaran pengeluaran
                      serta memastikan jumlah tenaga buruh mencukupi.
                 •  Kawalan selepas
                    Kawalan selepas pengeluaran merupakan pemeriksaan kualiti
                    terakhir bagi memastikan produk yang dihasilkan berada pada
                    standard yang betul. Selain itu, kawalan ini juga berfungsi
                    membuat pemeriksaan produk sama ada secara manual atau
                    automatik dan membuat pemeriksaan kualiti.


                                                                                  Cintai Negara
                                                                              Setiap perniagaan perlu
                                                                              mengutamakan perniagaan
                                                                              tempatan sebagai rakan
                                                                              perniagaan dalam menjalankan
                                                                              sesuatu kerjasama berkaitan
                                                                              aktiviti pengeluaran.

                                                                                                               Bab 4








                            Gambar foto 4.6  Memeriksa hasil pengeluaran


                 4.2.8  Bahagian Fungsian
                             Pemasaran                                             Buletin Keusahawanan

                                                                               Tahun Pengkomersialan
                 Pemasaran merupakan suatu  aktiviti  mencipta  nilai  barang,   Malaysia yang dilaksanakan oleh
                 penentuan harga, promosi dan pengedaran produk bagi           Kementerian Sains, Teknologi
                 menggalakkan berlaku pertukaran yang dapat memenuhi           dan Inovasi Malaysia (MOSTI)
                 keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi.          akan membantu memperkasa,
                                                                               melonjak dan membudayakan
                 (a) Tujuan Bahagian Fungsian Pemasaran                        aktiviti pengkomersialan
                                                                               produk inovasi serta aktiviti
                                                                               penyelidikan dan pembangunan
                 Tujuan bahagian fungsian pemasaran adalah untuk melakukan     (R&D) ke tahap yang lebih baik.
                 pertukaran antara dua pihak, iaitu pembeli dan penjual.

                                                 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan  BAB 4  189






       Bab4_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   189                                                       11/7/16   1:48 PM
   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209