Page 74 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 74

SOALAN ESEI

                 Arahan: Jawab semua soalan.

                   1  Mengapakah perniagaan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) penting kepada pembangunan
                    ekonomi di Malaysia?

                   2  Rajah berikut menunjukkan tujuan perniagaan.


                                                                              ORGANISASI
                                                                            BERMOTIFKAN
                                                MENAWARKAN                     UNTUNG
                         TUJUAN
                      PERNIAGAAN                BARANG DAN
                                               PERKHIDMATAN
                                                                                   X



                    (a)  Apakah X?
                    (b)  Terangkan dua kepentingan X dengan memilih sebuah organisasi sebagai contoh.

                   3  Berikut ialah senarai perbelanjaan yang dibuat oleh Ali dan Aliya untuk tempoh satu minggu.
                    Bagaimanakah anda dapat mengkategorikan item-item dalam senarai itu?



                                      SENARAI ALI                  SENARAI ALIYA
                                •  Buku                      •  Pencuci muka
                                •  Nasi lemak                •  Nasi ayam
                                •  Tambang bas               •  Petrol
                                •  Tiket wayang              •  Salun kecantikan
                                •  Sabun                     •  Baju baharu
                                •  Pencuci                   •  Sewa bilik
                                •  Raket badminton           •  Rawatan doktor
                                •  Sewa gelanggang           •  Mi segera
                                •  Pakaian sukan             •  Komputer
                                •  Mi segera




                   4  Syarikat Juara Niaga Sdn. Bhd. merupakan sebuah organisasi bermotifkan untung. Syarikat mempunyai
                    tiga buah pasar raya yang beroperasi di Taiping dan Ipoh.
                    Pihak pengurusannya bercadang untuk menjual beberapa jenis barang di pasar raya tersebut pada
                    harga kos.
                    Adakah tindakan tersebut wajar? Berikan alasan anda.
                   5  Jelaskan perbezaan yang wujud antara organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan
                    bermotifkan untung.


                                                               Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1  57






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   57                                                        11/7/16   12:15 PM
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79