Page 70 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 70

Pemilik sesebuah perniagaan boleh memilih untuk menubuhkan
                       Celik Kewangan          perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad atau
                    RM                                                                                         Bab 1
                                               koperasi. Bagi perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan,
                   Pengurusan kewangan setiap
                   perniagaan perlu mengikut sistem   perniagaan  bentuk  milikan  tunggal  lazimnya  dipilih  untuk
                   yang sistematik dan tersusun.   menawarkan barang atau perkhidmatan. Apabila perniagaan
                                               semakin  berkembang  atau  saiznya  bertambah  besar,  bentuk
                                               pemilikan juga boleh diubah mengikut keperluan perniagaan.
                                               Contohnya, perubahan bentuk pemilikan perniagaan daripada
                                               milikan tunggal kepada perkongsian, perlulah didaftarkan di
                                               Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

                                                 Perniagaan boleh dikategorikan mengikut skala, iaitu domestik
                                               dan antarabangsa. Saiz perniagaan tidak mempengaruhi skalanya.
                                               Sesebuah perniagaan tidak perlu bersaiz besar untuk menawarkan
                       EMK                     barang atau perkhidmatan ke pasaran global. Teknologi moden
                                               seperti Internet membolehkan perniagaan yang bersaiz kecil
                   Arahan:
                   Bentangkan dalam kelas.     menembusi pasaran pada peringkat antarabangsa. Hal ini akan
                                               meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.
                   Soalan:
                   Jelaskan kepentingan menentukan   Terdapat tiga sektor dalam perniagaan, iaitu sektor utama,
                   jenis penawaran barang dan
                   perkhidmatan agar selaras dengan   sektor  kedua dan  sektor ketiga.  Di  Malaysia,  lazimnya  sektor
                   jenis dan saiz perniagaan.  utama seperti pertanian adalah untuk memenuhi pasaran atau
                                               skala domestik. Sektor kedua dan ketiga, iaitu sektor pengilangan
                                               dan perkhidmatan adalah untuk pasaran domestik dan juga
                                               antarabangsa. Semua sektor yang terlibat memerlukan aktiviti
                                               perniagaan untuk mengagihkan barang dan perkhidmatan yang
                                               ditawarkan. Tanpa aktiviti perniagaan, barang dan perkhidmatan
                                               tidak dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan jual beli untuk
                                               menjana keuntungan.



                           Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif


                                                Pembelajaran Penerokaan
                 Tugasan:  Mengaitkan perniagaan mengikut jenis perniagaan, bentuk pemilikan, skala
                         dan klasifikasinya
                 Langkah-langkah:
                 1  Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil.
                 2  Setiap kumpulan pilih satu perniagaan yang terdapat di kawasan masing-masing.
                 3  Buat aktiviti sumbang saran dalam kumpulan dengan membincangkan jenis perniagaan,
                   pemilikan, skala dan klasifikasi bagi perniagaan yang telah dipilih.
                 4  Senaraikan isi penting hasil daripada aktiviti sumbang saran.
                 5  Sediakan bahan untuk pembentangan.
                 6  Bentangkan dalam kelas.
                 7  Lakukan sesi soal jawab selepas pembentangan.



                                                               Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1  53






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   53                                                        11/7/16   12:15 PM
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75