Page 93 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 93
Contoh
Minda Kreatif Perbadanan Kemajuan Negeri
Jelaskan skim galakan yang
disediakan oleh kerajaan negeri
tempat anda tinggal dalam
memajukan Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS).
Bab 2 Perbadanan Kemajuan Negeri Perbadanan Pembangunan
SABAH ECONOMIC DEVELOPMENT CORPORATION
Buletin Keusahawanan Pahang (PKNP) Ekonomi Sabah (SEDCO)
Kerajaan negeri melalui PKEN boleh memberi bantuan
kepada usahawan yang baharu dengan menghasilkan produk
yang mendapat sokongan daripada kerajaan negeri.
Dalam bidang pertanian, kerajaan negeri boleh menggalakkan
sektor swasta dalam mengusahakan sesuatu jenis pertanian yang
diperlukan oleh rakyat sesebuah negeri dan negara. Oleh sebab
pengurusan tanah merupakan penguasaan kerajaan negeri, hal
ini memudahkan kerajaan negeri untuk menyediakan lokasi
strategik dalam mengusahakan sesuatu projek pertanian dengan
memberi beberapa skim galakan yang sesuai dan kompetitif.
1Malaysia Best merupakan satu
Perakuan Jenama (Endorsement
Brand) yang melambangkan
identiti Malaysia untuk
meningkatkan jualan dan profil
produk-produk berasaskan
pertanian di pasaran tempatan
dan global. 1Malaysia Best
membantu menaikkan taraf
produk-produk berasaskan
pertanian keluaran tempatan
bagi pasaran antarabangsa serta
mewujudkan kestabilan dalam
setiap keadaan ekonomi.
Gambar foto 2.8 Projek pertanian moden
76 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan
Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 76 11/7/16 1:43 PM

