Page 92 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 92

(b) Peranan Kerajaan Negeri
                                                                                   Minda Kreatif
                 Pembentukan kerajaan negeri termaktub dalam Perlembagaan
                 Persekutuan, iaitu terdapat pembahagian kuasa antara kuasa   Jelaskan peranan kerajaan negeri
                                                                              dalam meningkatkan bilangan
                 kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri. Dengan itu, kerajaan   usahawan di Malaysia.
                 negeri mempunyai kuasa tertentu bagi membolehkan pentadbiran
                 kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan tersusun.

                     Bidang kuasa kerajaan negeri atas bahan galian dan tanah
                 membolehkan mereka mewujudkan kawasan industri untuk
                 menggalakkan dan memajukan kegiatan ekonomi di sesuatu                                        Bab 2
                 kawasan yang dipilih.



                                                                                   Cintai Negara

                                                                               Setiap aktiviti perniagaan perlu
                                                                               mengambil kira perlindungan
                                                                               alam sekitar dan kesejahteraan
                                                                               masyarakat setempat.













                             Gambar foto 2.6  Aktiviti pembangunan kawasan

                     Kewujudan kawasan industri membolehkan peningkatan
                 hasil pendapatan kerajaan melalui bayaran lesen yang dikenakan.
                 Kerjasama antara kerajaan negeri dengan sektor swasta dapat
                 menggalakkan aktiviti perniagaan dalam sesebuah negeri.

                     Hal ini termasuk menarik kemasukan pelabur tempatan
                 untuk melabur modal dalam pelbagai bidang seperti bidang
                 teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan infrastruktur.
                 Hal ini seterusnya telah membantu kerajaan sesebuah negeri
                 untuk memacu kerancakan aktiviti perniagaan. Contohnya,
                 kerajaan negeri Johor telah membentuk Hub Perdagangan ICT
                 Global dalam Iskandar Malaysia.

                     Pembentukan syarikat berkepentingan kerajaan negeri
                 seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) yang
                 terdapat di setiap negeri dapat merancakkan aktiviti perniagaan.
                 Banyak perniagaan berasaskan perusahaan kecil dan sederhana    Gambar foto 2.7  Perbincangan
                 (PKS) telah diwujudkan sebagai pembekal dan vendor dalam   pembangunan kawasan
                 menyokong aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan PKEN.
                                                                       Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2  75






       Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd   75                                                       11/7/16   1:43 PM
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97