Page 20 - PowerPoint Presentation
P. 20
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri,
beralamat di Jalan Bayan, Bandar Baru
Kota Puteri, Masai, Johor terletak lebih
kurang 20 km dari Pusat Bandar Pasir
Gudang, berhampiran PPD Pasir Gudang
dalam kawasan perumahan Kota Puteri.
Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1998
dan di bawah kawalselia PPD Pasir Gudang. Ketika
itu Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri terpaksa
menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Taman
Rinting 2 selama enam bulan dan hanya beroperasi pada sesi petang.
Pada tanggal 1 Julai 1998, Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri mula beroperasi
sepenuhnya di bangunan sendiri yang terdiri daripada 3 blok bangunan 3 tingkat
untuk pengajaran dan pembelajaran, sebuah kantin dan sebuah padang bola
sepak. Semasa mula beroperasi, hanya terdapat 25 orang guru dan 392 orang
murid sahaja yang telah bekerjasama membuka dan menceriakan kawasan
sekolah daripada keadaan bangunan baharu yang kosong kepada keadaan yang
ceria sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri kini memiliki hampir 600 pelajar yang
kebanyakannya hadir dari lokaliti berhampiran seperti Bandar Baru Kota Puteri,
Taman Megah Ria dan Bandar Baru Seri Alam.
Bilangan guru yang berkhidmat adalah 39 orang dan 5 orang AKP iaitu seorang
KPT, seorang PT, seorang PO dan 2 orang PPM. Sekolah ini pernah diurustadbir
oleh beberapa orang Guru Besar seperti:
1. Puan Hajah Latifah binti Taib : 1998 hingga 2001
2. Puan Hajah Amo binti Kassan : 2001 hingga 2007
3. Puan Hasmah binti Ismail : 2007 hingga 2010
4. Puan Muhini binti Abdullah : 2010 hingga 2016
5. Encik Mohd Senin bin Kassim : 2017 hingga Februari 2019
6. Encik Mohd Tahir bin Supian : Mac 2019 hingga November 2020
7. Puan Hajah Siti Faridah binti Haji Jurani : Disember 2020 hingga sekarang
Pentadbiran dan pengurusan sekolah terus diterajui oleh Puan Hajah Siti Faridah
binti Haji Jurani selaku Guru Besar dan dibantu oleh Encik B.Shaji sebagai Guru
Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Abdul Aziz bin Jantan selaku Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Rosni binti Bahiki selaku Guru Penolong Kanan
KoKurikulum. Sekolah ini melaksanakan persekolahan satu sesi dan tiada Guru
Penolong Kanan Petang.
20

