Page 22 - PowerPoint Presentation
P. 22

LENCANA SEKOLAH








                     Lencana sekolah dibentuk berdasarkan dua warna utama iaitu biru dan
              kuning. Dari segi rekabentuk grafik pula, Secara asas, ia berbentuk seperti sebuah
              perisai yang melambangkan kekuatan, daya tahan serta menggambarkan kualiti
              ketulenan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan warga sekolah.

                     Di dalam rekabentuk perisai ini terlakar sebuah lagi perisai yang terlukis di
              dalamnya sebuah buku dan sebatang pena yang secara jelas memberi gambaran
              bahawa ilmu dan maklumat adalah menjadi keutamaan dalam mencapai misi dan
              visi sekolah. Simbol buku dan pena ini juga merupakan mesej jelas yang harus
              difahami oleh semua warga sekolah bahawa ilmu dan kecemerlangan adalah dua
              perkara penting yang harus dikuasai dan dicapai menerusi usaha dan amalan
              berterusan. Di samping itu juga, terdapat simbol obor dan lima gelung yang
              membawa maksud sekolah juga mementingkan kecemerlangan dalam sukan dan
              permainan.

              Warna kuning yang merupakan warna utama lencana bermaksud kecemerlangan
              dan kejayaan.


              Warna biru pula bermaksud ketabahan jiwa dan rohani yang perlu ada pada warga
              sekolah dalam menghadapi dugaan dan cabaran masa kini.


              Slogan "MUAFAKAT TERAS KECEMERLANGAN" merupakan moto sekolah yang
              menitikberatkan permuafakatan dan kerjasama dalam kalangan warga sekolah.
              Sekolah memiliki kepercayaan bahawa melalui perkongsian idea, tenaga, masa dan
              sumber-sumber lain, apa jua hasrat dan matlamat sekolah pasti akan tercapai.

                                                                ETIKA PELAJAR







                    Belajar adalah wajib
                    Sentiasa menghargai masa
                    Menghormati orang tua dan guru-guru serta menyayangi rakan
                    Menyayangi harta benda sekolah
                    Mengamalkan kebersihan dan kekemasan
                    Suka bekerjasama dan bertoleransi
                    Mematuhi peraturan sekolah
                    Berakhlak mulia




                                                                                                          22
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27