Page 90 - PowerPoint Presentation
P. 90
BIDANG DAN SENARAI TUGAS
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
3. Kesihatan Dan Kebajikan Murid
i. Menggunakan kemudahan rawatan murid.
ii. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan
dengan sempurna seperti menguruskan kad 001/002, PKS1 /
PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.
iii. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
iv. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
v. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT), Projek Susu dan lain-lain
rancangan bantuan dan kebajikan murid.
vi. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa
berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.
4. Skim Pinjaman Buku Teks
i. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan
dan hapuskira.
ii. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok
dan mengawasi Bilik SPBT.
iii. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim Pinjaman
Buku Teks (SPBT)
3. Pentadbiran
1. Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid.
2. Menyemak Buku Harian Murid sidang pagi.
3. Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
4. Mengurus pertukaran murid.
5. Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan
pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah.
6. Menyemak buku/Kad Kemajuan Murid dan Jadual Markah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
4. Tugas-Tugas Lain
1. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru
Besar dari semasa kesemasa.
2. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang
diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
90

