Page 93 - PowerPoint Presentation
P. 93
SENARAI TUGAS GURU DISIPLIN
1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.
2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikan di
sekolah.
3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku murid.
5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakili oleh guru besar.
6. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga
dalam menangani masalah disiplin.
7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah
dalam kalangan murid dan guru.
8. Mencatat kesemua kes disiplin yang diambil tindakan dalam borang disiplin /
buku laporan disiplin.
9. Melaporkan kes disiplin yang diambil tindakan dalaman kepada penolong
kananHem seminggu sekali.
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
KEBAJIKAN MURID
1. Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan kursus
seperti
i. Murid miskin
ii. Kemalangan
iii. Rawatan berterusan (penyakit kronik)
iv. Kematian
v. Kecemasan bencana
2. Mendapatkan senarai nama murid yang layak mendapat bantuan berdasarkan
keutamaan dan keperluan.
3. Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping untuk
meningkatkan keperihatinan murid terhadap kebajikan.
4. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan
disahkan oleh guru besar.
5. Menubuhkan tabung kebajikan murid.
6. Menubuhkan unit Hilang / Jumpa
7. Menggalakan murid-murid melibatka diri dalam aktiviti membantu badan
kebajikan luar.
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
RMT, SUSU SEKOLAH, VITAMIN 1 MALAYSIA
1. Mengadakan perjanjian dengan pengurus kantin
2. Mengadakan pemilihan murid untuk RMT / PSS
3. Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan dengan RMT / PSS
4. Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan akhir tahun.
5. Mengawasi murid ketika makan
6. Membuat laporan RMT pada pertengahan akhir tahun
7. Mengedarkan susu kepada murid-murid yang terlibat dengan PSS.
93

