Page 34 - INFO RINGKAS PENDIDIKAN
P. 34
Info Ringkas
PELAKSANAAN DASAR
1 MURID 1 SUKAN
PENGENALAN
Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan modal insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
MATLAMAT
❑ Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam
kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun.
❑ Memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
OBJEKTIF
❑ Meningkatkan kecergasan jasmani.
❑ Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
❑ Memupuk perpaduan di antara kaum.
❑ Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
❑ Memenuhi naluri semula jadi dalam aktiviti fizikal.
❑ Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
❑ Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
KONSEP
❑ Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari
penglibatan dalaam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau
tidak aktif.
❑ Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan
murid dalam sukan sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
❑ Memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi
untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

