Page 38 - INFO RINGKAS PENDIDIKAN
P. 38
Info Ringkas
program ini adalah Yayasan AMIR, iaitu sebuah yayasan yang
ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad (KNB), penaja bagi
program ini. Mesyuarat Program Sekolah Amanah yang
dipengerusikan oleh YAB TPM Malaysia pada 16 Ogos 2010 telah
memutuskan bahawa Program Sekolah Amanah adalah rintis selama
2 tahun (2011 dan 2012) di bawah KNB.
3. KPM telah menandatangani Perjanjian Usaha sama Sektor Awam-
Swasta Bagi Pengoperasian Program Sekolah Amanah bersama
Yayasan AMIR pada 3 Januari 2011. Tempoh masa perjanjian adalah
selama 5 tahun.
4. Sehingga 2015, sebanyak 62 buah sekolah telah terpilih menyertai
program ini. Ianya merangkumi sekolah rendah dan menengah
daripada semua tahap prestasi dengan tujuan menghasilkan
peningkatan secara mampan tanpa mengira titik permulaannya.
5. Pihak Yayasan AMIR bersama pihak pengurusan sekolah
bertanggungjawab melaksanakan urusan pengoperasian Sekolah
Amanah berdasarkan autonomi yang telah diberikan iaitu kurikulum,
jadual waktu dan kalendar persekolahan, polisi berkaitan murid,
perolehan, kewangan dan pengurusan sumber manusia.

