Page 40 - INFO RINGKAS PENDIDIKAN
P. 40
Info Ringkas
PENGENALAN
Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) yang pertama telah dirasmikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, pada 08 September 2007 di Sekolah Kebangsaan Bandar 2,
Paloh Hinai, di Daerah Pekan, Pahang. Pengoperasian secara rintis bermula pada tahun
2008 dengan pengambilan murid Tingkatan Satu. Sehingga 2017, bagi pengoperasian K9,
terdapat lapan buah sekolah yang sedang beroperasi.
PERNYATAAN DASAR
Sekolah Model Khas Komprehensif K9 bertujuan menangani isu keciciran murid sewaktu
transisi dari tahun enam ke tingkatan satu serta memastikan kemudahan Sekolah Kurang
Murid (SKM) digunakan secara optimum selain dapat menjimatkan kos perbelanjaan
membina sebuah sekolah menengah yang baharu.
STRATEGI PELAKSANAAN
i. Mengoperasikan Sekolah Model Khas Komprehensif K9 secara rintis pada tahun 2008.
ii. Memperluas Sekolah Model Khas Komprehensif K9 ke Sarawak di SK Long Bedian,
Baram untuk murid kaum Penan pada tahun 2012.
iii. Memilih sekolah untuk peluasan program ini berdasarkan dua kriteria utama, iaitu
sekolah rendah di kawasan luar bandar atau terpencil dan jarak ke sekolah menengah
terlalu jauh dengan tempat tinggal murid Orang Asli/Penan/Peribumi.
iv. Menawarkan pendidikan dari tahun 1 hingga tingkatan 3 dalam satu premis (Sembilan
tahun).
v. Menempatkan Murid Orang Asli/Penan/Peribumi yang berjauhan dari tempat tinggal di
asrama.
vi. Membuat permohonan bagi sekolah baharu yang dicadangkan untuk pengoperasian
Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) yang dirasakan bersesuaian oleh pihak
sekolah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN).
PUNCA KUASA
08 September 2007 – Perasmian Sekolah Modal Khas Komprehensif (K9) telah
dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Sekolah Kebangsaan Bandar 2,
Paloh Hinai di daerah Pekan, Pahang.

