Page 112 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 112
MODUL JUC GEOGRAFI 2020
6. Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan Bandar Jengka, Pahang?
A Pertanian C Pembalakan
B Perikanan D Perlombongan
7. Apakah fungsi bandar-bandar berikut?
Rantau Panjang, Kelantan
Tebedu, Sarawak
A Bandar diraja
B Bandar sempadan
C Bandar pendidikan
D Bandar pentadbiran
8. Bandar Kerteh di Terengganu ialah sebuah bandar baharu yang berkembang disebabkan
oleh
A perkembangan pertanian
B industri pemprosesan petroleum
C pertambahan bilangan penduduk
D perkembangan sektor pelancongan
9. Bandar terancang yang manakah dibangunkan berasaskan telekomunikasi moden?
A Jengka C Putrajaya
B Cyberjaya D Bangi
10. Berikut adalah ciri petempatan di kawasan bandar besar di Malaysia.
Banyak bangunan tinggi
Dibina secara rapat
Mengapakah kawasan bandar besar mempunyai corak petempatan sedemikian?
A Gaya hidup moden
B Tenaga buruh yang ramai
C Nilai tanah semakin tinggi
D Menggalakkan kedatangan pelancong
11. Mengapakah Kuala Lumpur masih tidak mencapai hierarki bandar tertinggi sebagai
Megalopolis?
A Keluasan terhad
B Jumlah penduduk kurang 10 juta
C Kegiatan ekonomi tidak pelbagai
D Kekurangan kemudahan pengangkutan
12. Apakah proses yang menyebabkan terbentuknya konurbasi?
A Pembinaan bandar baru
B Perubahan taraf bandar
C Perubahan fungsi bandar
D Percantuman beberapa bandar
106

