Page 115 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 115
MODUL JUC GEOGRAFI 2020
21. Apakah perubahan sosial yang berlaku akibat proses pembandaran yang pesat di
Malaysia?
I Banjir kilat
II Peningkatan suhu
III Pengangguran meningkat
IV Pertambahan kawasan setinggan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
22. Apakah kesan utama akibat daripada proses pembandaran yang pesat di negara sedang
membangun?
A Kemajuan dalam sektor pertanian
B Kesesakan lalu lintas berkurangan
C Pertambahan kadar pengangguran
D Penurunan taraf hidup penduduk
23. Apakah kesan proses urbanisasi terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia?
A Migrasi meningkat
B Kesesakan lalu lintas
C Perubahan landskap bandar
D Peningkatan kadar jenayah
24. Bagaimanakah proses pembandaran memberi kesan terhadap kualiti alam sekitar?
A Pembinaan rumah bertingkat kerana kos yang tinggi
B Migrasi penduduk menyebabkan wujudnya kawasan setinggan
C Pembinaan jalan bertingkat mengurangkan kesesakan lalu lintas
D Pembinaan bangunan tinggi dan padat.
25. Apakah langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan ekonomi kawasan luar bandar?
A Menambah kemudahan asas di kampung
B Membuka kawasan pembalakan yang baru
C Menggalakkan migrasi golongan belia ke bandar
D Menggalakkan penubuhan industri kraftangan dan makanan ringan
109

