Page 119 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 119
MODUL JUC GEOGRAFI 2020
UNIT 5 DAN 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
Soalan Objektif
1. Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan awal jaringan kereta api di
Malaysia?
A Kegiatan pertanian
B Sektor perindustrian
C Sektor perkhidmatan
D Aktiviti perlombongan
2. Apakah faktor teknologi yang mengalakkan perkembangan jaringan pengangkutan di
Jepun ?
A Dasar penswastaan
B Kestabilan politik negara
C Terdapat banyak pulau
D Perkembangan sektor pelancongan
3. Apakah kesan pembangunan sosial pembinaan jaringan pengangkutan dan perhubungan
di Jepun ?
A Meningkatkan darjah ketersampaian
B Meningkatkan kegiatan perdagangan
C Meningkatkan sektor pelancongan
D Menjejaskan pandang darat
4. Apakah faktor yang mempengaruhi pembinaan terowong di lebuh raya?
A Kawasan berhutan tebal
B Mengurangkan pencemaran
C Kawasan bergunung-ganang
D Mengurangkan kos pembinaan
5. Mengapakah sungai masih lagi penting sebagai jalan pengangkutan di Sabah dan
Sarawak?
A Tidak tercemar
B Jaringan jalan raya terhad
C Darjah ketersampaian tinggi
D Merupakan pengangkutan tradisi
6. Apakah maksud konsep darjah ketersampaian tinggi?
A Jalan raya berkualiti
B Kos perjalanan rendah
C Masa perjalanan singkat
D Kawasan mudah dihubungi
113

