Page 29 - Sejarah Pembentukan Malaysia (MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN)
P. 29
SLIDESMANIA.COM
ggota Komanwel dan Malaysia juga mempunyai
perjanjian pertahanan dengan Britain.
-Tindakan seterusnya yang dibuat oleh Malaysia ialah
Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar
bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan
pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak.
-Walau bagaimanapun, ancaman Indonesia untuk
menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak
berhasil kerana tindakan tersebut hanya menjejaskan
Indonesia sendiri.
-Malaysia tidak berdiam diri, tetapi mengambil langkah
untuk memelihara kedaulatan negara dan rakyatnya
apabila Indonesia bertindak memburukkan nama
Malaysia di negara Afro-Asia dan Negara-negara
Dunia Ketiga.
-Malaysia telah menghantar perwakilan yang diketuai
oleh Tun Abdul Razak yang mengadakan lawatan ke
beberapa buah negara Afrika bagi menjelaskan masalah
hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia.
23
SLIDESMANIA.COM

