Page 33 - Sejarah Pembentukan Malaysia (MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN)
P. 33
Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia
SLIDESMANIA.COM
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
Setelah membuat pengumuman di Singapura pada
akhir bulan Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah
berusaha mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak
(Jun 1961) dan ke Brunei (Julai 1961) untuk
menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan
Malaysia. Seterusnya rundingan juga telah diadakan
antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu
dengan pegawai British dari Sabah, Sarawak dan
Singapura. Melalui pertemuan dan rundingan
tersebut, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan
Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di Singapura pada
bulan Julai 1961 dan dipengerusikan oleh Donald
Stephens. Ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Kaum ialahTunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir
Johari (Tanah Melayu).- Lee Kuan Yew (Singapura).
Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah). Peranan
jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan kepada
orang ramai tentang gagasan Malaysia, mengumpulkan
pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke
arah kewujudan Malaysia. Mesyuarat jawatankuasa ini
27
SLIDESMANIA.COM

