Page 43 - Sejarah Pembentukan Malaysia (MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN)
P. 43
Perjanjian Malaysia 1963
SLIDESMANIA.COM
Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian telah ditandatangani
di Marlborough House. Perjanjian tersebut ialah
Perjanjian Malaysia.
Beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang
bulan Ogos 1963, iaitu peristiwa peristiwa yang menuju
ke arah merealisasikan penubuhan Malaysia.
Ratu Elizabeth II telah memperkenankan Akta
Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen Britain.
Seterusnya disusuli pula dengan kelulusan Perjanjian
Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan
Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak
dan Majlis Undangan Sabah.
Pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong telah
memperkenankan Akta Malaysia dan seterusnya pada
16 September 1963, negara Malaysia ditubuhkan
secara rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
37
SLIDESMANIA.COM

