Page 46 - Sejarah Pembentukan Malaysia (MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN)
P. 46

Kesimpulan

  SLIDESMANIA.COM

            Pembentukan Malaysia telah berjaya menggabungkan

            Persekutuan Tanah Melayu dengan negeri-negeri yang


            berjiran dengannya demi kepentingan bersama. Pada

            peringkat            permulaannya,               pembentukan               Malaysia


            dianggap sesuatu yang agak mustahil diwujudkan kerana

            berlakunya penentangan dari dalam negeri dan juga dari

            negara luar. Walau bagaimanapun, menerusi diplomasi,


            masalah ini telah dapat diatasi. Kejayaan menangani


            masalah ini memaparkan ciri-ciri kepimpinan tokoh-

            tokoh tempatan di Persekutuan Tanah Melayu,

            Singapura, Sarawak dan Sabah. Kerajaan British juga


            sanggup bekerjasama dan bertolak ansur demi mencapai

            kesejahteraan bersama.Selain itu, kerjasama yang


            diberikan oleh rakyat negeri-negeri anggota adalah

            untuk memastikan kedaulatan negeri terus terjamin.


            Perjanjian          Malaysia          1963        telah        mengambil           kira

            kepentingan semua negeri anggota demi mewujudkan

            kesejahteraan dan perpaduan rakyat. Namun atas sebab


            tertentu, Singapura telah mengambil keputusan untuk

            berpisah dari Malaysia dua tahun kemudian, iaitu pada


            tahun 1965.





  SLIDESMANIA.COM 40
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51