Page 10 - Modul Prakarsa SeniVisual (STPM)
P. 10
1.0 Apresiasi Secara Umum
Apresiasi adalah perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris iaitu APRECIATE yang bermaksud
penghargaan. Penghargaan atau apresiasi seni merupakan satu bentuk tindakan yang melibatkan
dua deria utama iaitu deria penglihatan dan deria sentuh.
2.0 Apresiasi Seni Visual
Dari istilah bahasa : Apresiasi bermaksud memberi penghargaan atau pengiktirafan terhadap sesuatu.
Dalam konteks seni : Apresiasi seni bermaksud memberi penghargaan atau pengiktirafan terhadap
sesuatu hasil karya seni samada yang boleh dilihat, dirasa atau didengar.
Apresiasi dalam seni visual melibatkan proses pemahaman dan penilaian sesebuah karya seni
berkaitan sesuatu samada aspek hal benda, komposisi atau kandungan di dalam sebuah karya seni.
3

