Page 15 - Modul Prakarsa SeniVisual (STPM)
P. 15

6.0 Pengalaman Estetik


           - Satu proses penguasaan bidang ilmu dan maklumat tertentu menerusi pengamatan dariapada
           pelbagai deria, pengalaman langsung dan pengalaman intelektual terhadap sesuatu perkara
           khasnya keindahan dalam seni.

           -Perkataan Yunani “aesthesiss” bermaksud “menanggapi” . Yunani Latin bermaksud “yang terlatih
           membuat tanggapan terhadap keindahan”.


           -Estetika → Bidang falsafah seni yang merupakan satu penerokaan dalam bidang falsafah
           kemanusiaan

           -Proses ini dilakukan oleh seseorang individu untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran
           tertentu khasnya berkaitan seni.

           -Pengalaman estetik penting untuk melakukan penilaian terhadap karya seni.

           -Penilaian karya seni berbeza berdasarkan tahap pengalaman estetik audien.


              * Pengalaman Estetik terbahagi kepada 2 iaitu :

              6.1 Pengalaman Langsung


       -      Proses membuat atau menghasilkan produk seni yang melibatkan
             deria.
       -      Merupakan pengalaman asas kepada pengalaman estetik.
       -      Dalam proses penghasilan karya, deria sangat penting.
       -      Contohnya proses penghasilan ukiran kayu. Proses ukiran dilakukan terus dan bukannya melalui
              teori. Prosesnya melibatka deria  penglihatan dan deria sentuhan.







                                                                                                                                        8
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20