Page 2 - Dasar dan Ketetapan Sekolah
P. 2

terancang (latihan/nota) kepada guru relief.
                       3.4  Guru-guru berkenaan MESTI menulis minit curai selepas kembali ke sekolah
                            dan menyerahkan 1 salinan kepada Penolong Kanan yang berkaitan.
                       3.5  Guru berkenaan DIWAJIBKAN mengadakan kursus dalaman kepada guru-
                            guru     terlibat   dalam      tempoh      dua     minggu      selepas     tarikh
                            mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel  selepas  berbincang  dengan  KP  atau
                            Penolong Kanan.
                       3.6  Guru yang hendak keluar kawasan sekolah hendaklah meminta kebenaran
                            Guru Besar dan mencatat butiran dalam Buku Pergerakan Guru dan Staf
                            pada Waktu  Bertugas.  (Jika Guru  Besar  tiada,  tanggungjawab  ini  diambil
                            oleh Penolong Kanan seterusnya mengikut hierarki)

                       4.0  PENGGUNAAN ‘TIME-SLIP’

                       4.1  Kemudahan  cuti  atau  pelepasan  bagi  mendapatkan  kemudahan  rawatan
                            perubatan TIADA PERUNTUKAN dalam Perintah Am/Surat Pekeliling/Surat
                            Edaran yang berkuatkuasa.
                       4.2  Urusan  mendapatkan  rawatan  adalah  merupakan  urusan  persendirian
                            pegawai.
                       4.3  Pegawai hendaklah menggunakan CUTI REHAT KHAS atau CUTI TANPA
                            GAJI mengikut mana-mana yang layak diberikan kepadanya.
                            Punca Kuasa :
                            Surat Edaran JPA (SARAAN) 262/6/2(10) BERTARIKH 30.12.2008 Surat
                            Edaran KPM (PP) 0069/6/3(68) BERTARIKH 30.9.2009

                       5.0  TIDAK HADIR BERTUGAS
                       5.1  Guru  tidak  hadir  bertugas  kerana  kecemasan,  cuti  sakit  dan  sebagainya
                            MESTI mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu dan memaklumkan

                            kepada Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan Petang.
                       5.2  Guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan peribadi/keluarga
                            MESTI memohon Cuti Rehat Khas sekiranya tempoh bertugasnya pada hari
                            tersebut tidak mencukupi separuh dari masa bertugas.

                       6.0  MASUK DAN KELUAR KELAS
                       6.1  Guru yang bertugas mingguan perlu memastikan setiap murid yang hadir
                            telah  diambil  bacaan  suhu  di  hadapan  pagar  sekolah  sebelum  masuk  ke
                            dalam kelas.
                       6.2  Guru hendaklah menepati masa untuk masuk atau meninggalkan kelas.
                            Punca Kuasa:
                            SPI Bil 2/1981 : Ketetapan Masa di Sekolah-sekolah
   1   2   3   4   5   6   7