Page 4 - Dasar dan Ketetapan Sekolah
P. 4

8.0  PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP)

                       8.1  Guru  mesti  mengajar  mengikut  Dokumen  Standard  Kurikulum  dan
                            Pentaksiran  (DSKP)/Dokumen  Penjajaran  Kurikulum  2.0  dan  Rancangan
                            Pengajaran  Tahunan  sebagai  persediaan  untuk  murid-murid  menguasai
                            tahap pencapaian akademik.

                       8.2  Latihan  yang diberi  kepada  murid-murid  mestilah  mencukupi  dan  ditanda
                            dengan kekerapan yang munasabah.
                       8.3  Guru-guru mestilah melayani murid-murid secara sama rata dan adil.
                       8.4  Guru-guru hendaklah memastikan diajar Dokumen Standard Kurikulum dan
                            Pentaksiran (DSKP)/Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 habis diajar kepada
                            murid-murid sebelum peperiksaan (Tahap 2).

                            Rujukan:
                            SPSK PK 03 – Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran

                       9.0  RELIEF (MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL)

                       9.1  Guru yang tidak hadir atas urusan tugas rasmi HENDAKLAH memaklumkan
                            kepada  Jawatankuasa  MMI  sekurang-kurangnya  sehari  sebelum  tarikh
                            bercuti /berkursus.
                       9.2  Semua guru hendaklah merujuk kepada jadual waktu relief di dalam buku
                            relief dan Telegram rasmi sekolah setiap hari.
                       9.3  Guru yang tidak hadir ke sekolah hendaklah menyediakan bahan PdP.
                       9.4  Guru-guru MESTI masuk relief tanpa gagal.

                       10.0  BUKU REKOD MENGAJAR (BRM)


                       10.1  Guru-guru hendaklah menulis Rancangan Pengajaran Harian di dalam Buku
                            Rekod Mengajar setiap hari bermula dari hari pertama persekolahan dengan
                            spesifikasi yang ditetapkan.
                       10.2  Guru-guru  dibenarkan  menaip  dan  mencetak  Rancangan  Harian  serta
                            menampal dalam BRM
                       10.3  BRM MESTI dihantar kepada Guru Besar atau pentadbir yang ditetapkan
                            setiap hari Jumaat (akan ditanda dan disemak pada Rancangan Harian hari
                            Isnin berikutnya).
                       10.4  Guru-guru  yang  gagal  berbuat  demikian  MESTI  berjumpa  dengan  Guru
                            Besar atau pentadbir yang ditetapkan menyerahkan BRM pada hari Isnin
   1   2   3   4   5   6   7   8   9