Page 111 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 111
PENGUKUHAN
A. Baca dan fahami laporan di bawah. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.
GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN
PANTAI SERI KUMBANG
Tarikh: 13 Januari 2018 (Sabtu)
Masa: 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Pantai Seri Kumbang
Anjuran:
Persatuan Pendidikan Moral SMK Delima dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Matlamat:
Mewujudkan persekitaran kawasan pantai yang bersih dan bebas daripada sampah sarap.
Objektif:
1. Memupuk sikap prihatin terhadap kebersihan kawasan pantai.
2. Mewujudkan kerjasama pelbagai pihak dalam penjagaan alam sekitar.
3. Berbangga dapat mewujudkan kawasan persekitaran pantai yang bersih.
Peserta:
1. 30 orang murid 2. Lima orang guru 3. Lima orang ibu bapa (wakil PIBG)
Pelaksanaan Projek:
Sebelum bertolak ke pantai, murid-murid berhimpun di sekolah untuk mendengar taklimat daripada guru
penasihat, iaitu Encik Richard Shobi tentang tugas yang perlu dilakukan. Beliau juga menasihati murid-murid
supaya menjaga keselamatan semasa membersihkan pantai.
Semua murid telah dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang guru dan
seorang wakil PIBG. Semua kumpulan telah diberi tugas untuk mengutip, mengumpulkan dan memasukkan
sampah sarap ke dalam beg plastik hitam.
Selepas aktiviti gotong-royong, guru telah memberikan makanan dan minuman kepada murid-murid. Encik
Richard Shobi mengucapkan terima kasih kepada semua wakil PIBG, guru dan murid yang membantu
membersihkan kawasan pantai.
Murid-murid tiba di sekolah pada pukul 5:00 petang. Walaupun letih, semuanya berasa gembira kerana
kawasan pantai Seri Kumbang kembali bersih dan cantik.
Disediakan oleh,
19 Januari 2018
(VINHUR LIM MAO SOM)
Setiausaha Persatuan Pendidikan Moral SMK Delima
1. Pada pendapat anda, wajarkah aktiviti gotong-royong seperti di atas diteruskan pada masa
hadapan? Mengapa?
2. Andaikan anda seorang daripada peserta yang terlibat dalam aktiviti di atas. Ceritakan perasaan
anda apabila dapat membantu membersihkan pantai tersebut.
3. Bagaimanakah masyarakat dapat membantu menjaga dan melindungi pantai supaya sentiasa
bersih dan tidak tercemar?
3.4.1, 3.4.3, 3.4.4, 3.4.5, 3.4.6 105
Unit 9 NC.indd 105 27/10/17 7:06 pm

