Page 110 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 110
Perancangan pembangunan yang kurang teliti dan aktiviti manusia seperti pertanian,
pembalakan secara tidak terkawal, perlombongan serta pengangkutan telah mengakibatkan
kesan buruk terhadap keseimbangan alam sekitar. Antara kesannya adalah seperti yang
di bawah.
Jumlah karbon
Spesies tumbuhan dioksida
dan hidupan liar bertambah
berkurang
Jumlah
oksigen
berkurang
Habitat tumbuhan Hakisan
dan hidupan liar tanah
akan musnah
Apabila keseimbangan alam sekitar terjejas, manusia, tumbuhan dan hidupan liar tidak
dapat meneruskan kehidupan. Oleh itu, semua pihak perlulah mengamalkan nilai kasih sayang,
bertanggungjawab, rasional, kerjasama dan kerajinan untuk menjaga dan melindungi alam
sekitar supaya keseimbangan alam sekitar dapat dikekalkan. Kita hendaklah mengubah sikap
supaya kehidupan akan lebih sejahtera dan gembira. Buatlah pilihan dengan bijak dan rasional!
104
Unit 9 NC.indd 104 27/10/17 7:06 pm

