Page 15 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 15
PEMULIHAN
Baca dan lakonkan cerita di bawah.
Pada suatu hari, Buddha berkhutbah di hadapan
sekumpulan pengikutnya. Semasa sedang berucap,
Buddha berasa dahaga dan meminta salah
seorang pengikutnya mengambil air daripada tasik
berhampiran.
Ketika pengikut Buddha sampai di tasik,
sekumpulan gajah sedang minum air di situ. Dia
kembali dan memberitahu Buddha. Kemudian, dia
pergi ke tasik sekali lagi dan mendapati air di tasik itu
keruh dan tidak boleh diminum. Pengikut Buddha itu
kembali memberitahu Buddha. Buddha menasihati
pengikutnya itu supaya bersabar.
Pengikut Buddha itu kembali ke tasik dan mendapati
air di tasik sudah jernih. Dia mengambil air daripada
REFLEKSI
REFLEKSI tasik itu dan memasukkannya ke dalam bekas yang
dibawa. Kemudian, dia memberikan air tersebut
Apakah pengajaran yang kepada Buddha. Buddha tersenyum sambil berkata,
anda peroleh daripada “Kamu telah membuat keputusan yang betul.”
cerita di atas?
Sumber: Cerita-cerita Zen
Kumpulkan cerita berkaitan dengan amalan murni mengikut agama atau kepercayaan
anda. Pamerkan koleksi cerita tersebut di Sudut Pendidikan Moral di sekolah anda.
1.1.2, 1.1.3, 1.1.4 9 9
Unit 1 NC.indd 9 24/10/17 9:21 am

