Page 10 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 10

Selain agama dan kepercayaan, pantang larang dan Rukun Negara juga menjadi sumber
               rujukan moral.


                  PANTANG LARANG KAUM MELANAU

                Pantang larang wanita mengandung:
                1.  Dilarang makan pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam.
                2.  Dilarang makan haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan kerana anak di dalam
                   kandungan akan melecur seluruh badan.
                Pantang larang kepada suami wanita mengandung:
                1.  Tidak boleh memotong kayu yang bertindan kerana dikhuatiri bibir anak menjadi sumbing.
                2.  Tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak diiringi minyak.
                3.  Tidak boleh menghadiri upacara kematian kerana dikhuatiri anak mendapat penyakit.

                                                                           Sumber: Majlis Adat Istiadat Sarawak



                                                                       Rukun Negara



                                                           Sumber rujukan dan panduan moral bagi seluruh
                                                           rakyat Malaysia. Setiap warganegara Malaysia
                                                           perlu mematuhi dan mengamalkannya.






                   Terdapat banyak kepentingan apabila sumber moral yang berasaskan agama, kepercayaan,
               norma masyarakat dan Rukun Negara dipatuhi dan diamalkan.



                                            • Menyedarkan tanggungjawab     • Melahirkan rakyat yang
                   KEPENTINGAN               individu kepada  keluarga,      berkeperibadian tinggi.
                  SUMBER MORAL               masyarakat dan negara.
                                                                            • Memupuk perpaduan dan
               • Memberikan panduan         • Menerapkan nilai-nilai murni   keharmonian negara.
                 kepada pengamalnya.         dalam pembentukan akhlak
                                             mulia.




                   Marilah kita bersama-sama menjadikan agama, kepercayaan, norma masyarakat dan
               Rukun Negara sebagai sumber moral dalam kehidupan. Oleh itu, nilai seperti kepercayaan
               kepada Tuhan, hormat, toleransi, rasional dan kesederhanaan dapat dipraktikkan oleh setiap
               individu pada setiap hari. Maka, kehidupan kita akan menjadi lebih tenang dan bahagia.


          4




       Unit 1 NC.indd   4                                                                             24/10/17   9:21 am
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15