Page 164 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 164

KONSEP  Keselamatan di jalan raya menjadi satu perkara yang sukar ditangani walaupun kerajaan telah
               bertindak secara proaktif dengan memperkenalkan banyak peraturan dan undang-undang
               jalan raya. Kadar kemalangan jalan raya di negara kita terus meningkat. Hal ini membuktikan
               bahawa masih terdapat banyak pengguna jalan raya yang tidak memahami beberapa perkara
               asas tentang ciri-ciri keselamatan jalan raya sebagai panduan yang perlu dipatuhi.



                                           PERBEZAAN ANTARA PERATURAN
                                        DENGAN UNDANG-UNDANG JALAN RAYA


                                Peraturan                              Undang-undang
                                jalan raya                                jalan raya





                  Amalan keselamatan yang boleh                Akta yang mewajibkan suatu perlakuan
                  meningkatkan kesedaran keselamatan           kepada pengguna semasa berada di
                  pengguna ketika berada di jalan raya.        jalan raya. Pengguna jalan raya yang
                                                               tidak mematuhi undang-undang akan
                                                               dikenakan hukuman.


                   Yang berikut ialah beberapa contoh peraturan dan undang-undang jalan raya yang patut
               dipatuhi oleh pengguna jalan raya.



                           PERATURAN JALAN RAYA                    UNDANG-UNDANG JALAN RAYA
                      •  Pandang kiri, kanan, kemudian kiri      •  Mempunyai lesen memandu.
                        sebelum melintas jalan raya.             •  Patuhi garis panduan keselamatan
                      •  Pakai pakaian cerah dan bersinar          semasa memotong kenderaan lain.
                        pada waktu malam.                        •  Patuhi had laju kenderaan yang
                      •  Tidak menunggang basikal secara           ditetapkan.
                        beriringan.                              •  Letak kenderaan di tempat letak
                      •  Elakkan mengekori kenderaan lain          kereta yang sepatutnya.
                        secara dekat.                            •  Patuhi lampu isyarat.
                      •  Lihat cermin sisi dan berikan isyarat   •  Pakai tali pinggang keledar di dalam
                        sebelum menukar lorong.                    kereta dan pakai topi keledar semasa
                      •  Ikut lorong yang ditetapkan dan           menunggang motosikal.
                        tidak memotong lorong dengan             •  Tidak menggunakan telefon bimbit
                        sesuka hati.                               semasa memandu.
                      •  Elakkan mencelah di antara              •  Hentikan kenderaan ketika ada
                        kenderaan.                                 sekatan jalan raya.
                      •  Berikan keutamaan kepada pejalan        •  Papar cukai jalan pada kenderaan.
                        kaki dan penunggang motosikal.
                                                                 •  Tidak memandu di lorong
                      •  Gunakan jejantas ketika melintas          kecemasan.
                        jalan raya.


        158




       Unit 13 NC.indd   158                                                                          24/10/17   10:13 am
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169