Page 169 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 169

C.  Baca dan fahami temu bual dengan seorang remaja yang menjadi mangsa kemalangan
                    akibat aktiviti lumba haram di bawah.


                 Pemberita: Selamat pagi, Siva. Berapakah
                            umur Siva?
                 Siva:      Selamat pagi. Saya berusia 14
                            tahun.
                 Pemberita: Bilakah Siva terlibat dalam
                            kemalangan jalan raya?
                 Siva:      Pada  tahun  lepas.  Ketika
                            itu, saya dan kawan-kawan
                            sedang beraksi menunggang
                            motosikal pada waktu tengah
                            malam. Kami bertembung
                            antara satu sama lain dan
                            tidak  dapat  mengawal
                            motosikal kami.
                 Pemberita: Apakah kesan yang dialami?
                 Siva:      Dua orang kawan saya terkorban
                            dalam kemalangan tersebut. Saya pula mengalami kecederaan di muka dan
                            kedua-dua kaki saya patah. Ibu bapa sayalah yang menjaga saya siang dan malam.
                            Kasihan mereka. Saya terpaksa menggunakan kerusi roda sehingga hari ini. Saya
                            sedih dengan kehilangan kawan-kawan saya. Saya juga sangat menyesal dengan
                            perbuatan saya.
                 Pemberita: Apakah nasihat Siva kepada remaja yang lain?
                 Siva:      Ambillah iktibar daripada peristiwa yang berlaku kepada saya. Sebagai murid, kita perlu
                            mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya demi menjaga keselamatan diri.


                     1.  Andaikan anda Siva, bincangkan nasihat yang boleh diberikan kepada remaja lain
                         supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.
                     2.  Jelaskan perasaan anda apabila mematuhi peraturan dan undang-undang jalan
                         raya. Kongsikan jawapan anda dengan kumpulan lain.



                                    Hasilkan satu buku skrap yang mempunyai maklumat yang berikut:
                                    • Statistik kemalangan akibat lumba haram.
                                    • Sebab-sebab berlakunya lumba haram.
                                    • Kesan tidak mematuhi undang-undang jalan raya.
                                    • Amalan yang sewajarnya di atas jalan raya.
                                    • Gambar perlakuan berhemah di jalan raya.








                  4.3.1, 4.3.2, 4.3.3, 4.3.4, 4.3.5                                                      163



       Unit 13 NC.indd   163                                                                          24/10/17   10:13 am
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174