Page 28 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 28
KONSEP Tahukah anda bahawa selain melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan, keluarga, masyarakat
dan negara, anda juga mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri? Antara tanggungjawab
diri yang perlu dilaksanakan termasuklah tanggungjawab menjaga kesihatan diri, menjaga
keselamatan diri dan tanggungjawab terhadap masa hadapan sendiri.
CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI
Bersenam Tidur yang cukup Makan
makanan seimbang
Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan. Anda hendaklah melaksanakan
tanggungjawab diri dengan menjaga kebersihan diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.
Cara menjaga kebersihan diri
Mandi
sekurang-kurangnya Pakai pakaian
dua kali sehari yang bersih
Gosok gigi dan Potong kuku
berkumur setiap kali tangan dan kaki
selepas makan yang panjang
22
22
Unit 3 NC.indd 22 24/10/17 9:22 am

