Page 29 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 29

Selain itu, menjaga keselamatan diri turut menjadi tanggungjawab setiap individu.
                 Keselamatan diri tidak boleh dipandang ringan. Tambahan pula, kes-kes jenayah yang
                 berkaitan dengan isu keselamatan diri kanak-kanak dan remaja bukanlah perkara baharu.
                 Namun, dengan peningkatan jumlah kes yang berlaku, anda dituntut untuk merenung situasi
                 ini kembali dan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk memastikan keselamatan diri
                 sentiasa terjamin tidak kira di mana-mana sahaja anda berada.


                                      CARA MENJAGA KESELAMATAN DIRI





                                              Tidak mudah percaya kepada
                                              orang yang tidak dikenali.

                                                 Tidak mendedahkan maklumat
                                                              diri di Internet.




                                              Tidak berjalan bersendirian
                                              pada waktu malam.


                                                   Berdiri di jarak yang selamat
                                                 semasa menunggu kereta api.






                    Sebagai murid, anda juga bertanggungjawab terhadap masa hadapan sendiri. Yang berikut
                 ialah beberapa cara untuk melaksanakan tanggungjawab diri sebagai murid.




                                                                  •  Mematuhi peraturan dan
                          CARA MELAKSANAKAN CARA MELAKSANAKAN       undang-undang sekolah.
                          TANGGUNGJAWAB DIRI                      •  Tidak melibatkan diri dalam
                          TANGGUNGJAWAB DIRI
                              SEBAGAI MURIDSEBAGAI MURID            aktiviti negatif.

                                                                  •  Tekun dalam menyiapkan tugasan
                   •  Memberikan perhatian penuh semasa             dan projek yang diberikan oleh guru.
                     guru mengajar di dalam kelas.

                   •  Melibatkan diri dalam aktiviti                            Imbas Saya
                     pembelajaran.
                   •  Melibatkan diri dalam aktiviti
                     kokurikulum.                                                Cara Menjaga
                                                                                Keselamatan Diri




                                                                                                          23
                                                                                                          23



       Unit 3 NC.indd   23                                                                            24/10/17   9:22 am
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34