Page 4 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 4
PENDAHULUAN
Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 2 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Moral Tingkatan 2 Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM). Buku ini berteraskan matlamat mata pelajaran Pendidikan Moral untuk membentuk insan
berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang pada nilai universal berasaskan prinsip moral dan
menyumbang ke arah perpaduan dan kesejahteraan negara serta masyarakat global.
Buku teks ini berfokus pada empat bidang, iaitu Bidang 1: Pengenalan Moral, Bidang 2: Diri,
Keluarga dan Persahabatan, Bidang 3: Hubungan antara Diri, Komuniti dan Masyarakat dan
Bidang 4: Moral, Peraturan dan Undang-undang. Bidang-bidang ini dibahagikan kepada 15 unit
yang boleh berdiri sendiri sebagai satu pembelajaran. Bagi memudahkan proses pembelajaran dan
pemudahcaraan, setiap unit mempunyai enam bahagian, iaitu rangsangan, konsep, pengukuhan,
pengayaan, pemulihan dan penilaian. Pada akhir buku teks terdapat senarai rujukan dan indeks.
Setiap unit mempunyai ciri seperti yang berikut:
RANGSANGAN
Setiap unit akan dimulakan dengan
halaman rangsangan. Halaman KONSEP
ini mengandungi gambar, hasil Bahagian ini bertujuan untuk
pembelajaran murid dan cadangan membantu murid mengetahui
nilai. Gambar yang terdapat pada dan memahami kandungan
halaman ini boleh dijadikan set yang ada pada setiap unit.
induksi untuk memulakan sesi Bahagian ini juga merangkumi
pembelajaran dalam unit tersebut. semua standard pembelajaran
Cadangan nilai perlu diterapkan yang diperlukan dalam setiap
dalam setiap aktiviti pembelajaran. unit.
PENGUKUHAN PENGAYAAN
Bahagian ini bertujuan untuk Bahagian ini bertujuan untuk
memantapkan pengetahuan meluaskan pengetahuan
dan kemahiran yang dikuasai dan pengalaman serta
oleh murid. Pelbagai aktiviti dan mengukuhkan kemahiran yang
latihan diadakan untuk murid sedang dipelajari oleh murid.
mengukuhkan pemahaman Bahagian ini mengandungi
mereka terhadap kandungan pelbagai aktiviti dan latihan
yang dipelajari. yang mencabar minda murid.
PEMULIHAN
Bahagian ini bertujuan untuk PENILAIAN
membantu murid memahami Bahagian ini bertujuan
sesuatu konsep dan kemahiran untuk menilai pemahaman
yang dipelajari dengan mudah. murid tentang konsep dan
Sehubungan dengan itu, bahagian kemahiran yang dipelajari.
ini menyediakan aktiviti dan Bahagian ini lebih berfokuskan
latihan yang lebih mudah untuk penilaian sumatif. Latihan yang
dilaksanakan oleh murid. disediakan menjurus kepada
pelbagai bentuk instrumen.
iv
Prelim NC zainon.indd 4 30/10/17 9:10 am

