Page 5 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 5
Penulisan buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 2 memberikan fokus utama untuk membentuk
insan yang berakhlak mulia. Sehubungan dengan itu, buku teks ini menekankan tiga domain moral,
iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dalam kalangan murid. Ketiga-tiga domain
ini diterapkan melalui pelbagai jenis aktiviti dan latihan yang disediakan dalam buku ini. Guru boleh
mengubah suai aktiviti dan latihan agar sesuai dengan tahap kecerdasan, kebolehan dan keadaan
persekitaran murid. Antara aktiviti yang terdapat dalam buku teks ini termasuklah main peranan,
sketsa, projek dan perbahasan.
Aktiviti dan latihan yang terdapat dalam buku teks ini memberikan peluang kepada murid
untuk berkomunikasi, berkolaboratif, memberikan maklum balas yang menjurus ke arah pemikiran
yang kritis dan kreatif. Murid juga dapat mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan mereka, isu
tempatan mahupun global. Guru juga tidak terikat untuk menggunakan semua aktiviti dan latihan
yang terdapat dalam buku ini. Guru boleh memilih dan menyesuaikannya mengikut keupayaan dan
kebolehan murid.
Selaras dengan hasrat KSSM untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Pembelajaran
Abad ke-21, buku teks ini turut memberikan fokus pada empat tahap pemikiran dalam Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT), iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kemahiran lain
yang turut diterapkan dalam buku teks ini ialah Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Kemahiran Kajian Masa Depan, Kemahiran Penyelesaian Konflik dan Kemahiran Kreativiti. Buku
teks ini juga menyediakan alat berfikir yang pelbagai seperti peta pemikiran dan soalan aras tinggi
untuk menggalakkan murid berfikir dalam setiap unit.
Selain itu, kandungan buku teks ini juga menyediakan maklumat tambahan bagi menjanakan
idea murid. Yang berikut merupakan penerangan berkaitan dengan perkara tersebut.
Ikon Uji Minda
Menguji kefahaman dan memperkukuh
pembelajaran murid serta menggalakkan
kemahiran berfikir.
Ikon KBAT
Meningkatkan keupayaan dan kebolehan
sedia ada pada murid untuk berfikir
secara kreatif, kritis dan inovatif.
Ikon QR Code
Mengandungi maklumat tambahan dan contoh Imbas Saya
jawapan pada bahagian akhir buku sebagai
panduan kepada guru dan murid.
QR Code perlu diimbas dengan menggunakan
alat semasa bagi mengetahui maklumat yang
terdapat di dalamnya.
v
Prelim NC zainon.indd 5 30/10/17 9:10 am

