Page 78 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 78

PENILAIAN  A.  Surat di bawah berkaitan dengan aduan yang dibuat oleh seorang penghuni rumah pangsa.


                   Bustami bin Ramli,
                   No. 4, Blok A,
                   Rumah Pangsa Indera Sakti,
                   50000 Kuala Lumpur.

                   Encik Velu a/l Ramasamy,
                   Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Indera Sakti,
                   Jalan Hang Jebat,
                   50150 Kuala Lumpur.                                             20 JULAI 2018

                   Tuan,
                   Aduan tentang Sikap Jiran yang Membuang Sampah dari Tingkat Atas
                   Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
                   2.  Saya ingin membuat aduan tentang jiran yang tinggal di tingkat atas rumah saya. Mereka
                   suka membuang sampah dari tingkat atas hingga mengotorkan rumah saya. Baju yang
                   dijemur di ampaian juga kotor disebabkan oleh sampah tersebut.
                   3.  Saya amat tidak berpuas hati dan keadaan ini  sudah berlarutan sejak beberapa
                   bulan yang lalu. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar tuan dapat  membantu
                   menyelesaikan masalah saya ini.
                   Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan
                   ucapan terima kasih.
                   Sekian.


                   (BUSTAMI BIN RAMLI)
                   Penduduk No. 4, Blok A, Rumah Pangsa Indera Sakti.


               1.  Adakah anda bersetuju dengan tindakan jiran Encik Bustami? Mengapa?

               2.  Andaikan anda Encik Velu, bagaimanakah anda dapat membantu Encik Bustami?


               3.  Terangkan nilai yang perlu anda amalkan apabila hidup berjiran.


               B.  Situasi di bawah berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh keluarga Laila.

                 Laila berumur enam tahun. Dia menghidap penyakit jantung berlubang sejak
                 dilahirkan. Baru-baru ini, penyakitnya bertambah teruk. Doktor memberitahu ibu
                 bapa Laila bahawa anak mereka perlu dibedah. Kos pembedahan pula sangat mahal
                 dan tidak mampu ditanggung oleh ibu bapa Laila yang berpendapatan rendah.




                   Sebagai jiran, huraikan cara anda bekerjasama untuk membantu keluarga Laila.



         72




       Unit 6 NC.indd   72                                                                            24/10/17   9:27 am
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83