Page 80 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 80
KONSEP Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat, mesra dan bertimbang rasa
dengan anggotanya. Setiap orang akan saling memahami dan menghormati. Kita patut berasa
bertuah kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang saling membantu
apabila berlaku sesuatu musibah seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran. Yang berikut
ialah ciri-ciri masyarakat penyayang.
CIRI-CIRI MASYARAKAT PENYAYANG
Ambil berat Bertanggungjawab
Rajin membantu Baik hati
Toleransi Belas kasihan
Pemurah Bekerjasama
Prihatin Bertimbang rasa
Dengan mewujudkan masyarakat penyayang, banyak kepentingan yang akan kita peroleh.
Kepentingan tersebut dapat memperkukuh konsep masyarakat penyayang di negara ini.
Kepentingan lain yang boleh diperoleh adalah seperti yang berikut.
Dapat mewujudkan suasana aman dan harmoni.
Dapat memperkukuh perpaduan.
Dapat mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat.
Dapat meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.
Terdapat juga masyarakat berkeperluan yang memerlukan perhatian daripada kita. Golongan
ini memerlukan pembelaan dari segi bantuan dan bimbingan yang sewajarnya. Antaranya
termasuklah golongan gelandangan, golongan miskin, bekas penagih dadah, bekas banduan
dan pesakit AIDS.
74
Unit 7 NC.indd 74 24/10/17 9:29 am

