Page 7 - Sains Tingkatan 5 KSSM
P. 7

Pendahuluan






                   Buku Teks Sains Tingkatan 5 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini
                   ditulis untuk murid Tingkatan 5 berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
                   Pentaksiran, Tingkatan 5 yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku teks
                   ini disediakan berdasarkan pendekatan holistik bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
                   Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan murid yang bijak, kreatif, inovatif, kritis
                   dan mempunyai nilai-nilai murni.
                       Penulisan buku teks ini menekankan kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi
                   (KBAR dan KBAT), kemahiran saintifik, kemahiran berkomunikasi, membuat
                   keputusan, serta menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian supaya murid dapat
                   menguasai kemahiran-kemahiran tersebut yang diperlukan pada abad ke-21. Selain itu,
                   pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
                   (STEM) juga didedahkan melalui aktiviti dan projek supaya murid berminat untuk
                   menceburi bidang sains dan teknologi.
                       Bagi mencapai objektif ini, buku ini dilengkapkan dengan ciri-ciri istimewa seperti
                   yang berikut:
                   y  g

                                                    Standard Pembelajaran berdasarkan Dokumen
                                1.1.1               Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
                                                    Sains Tingkatan 5 untuk rujukan guru


                                                    Maklumat dan informasi tambahan yang berkaitan
                                Sain
                                Sainss
                                                    dengan sesuatu topik supaya dapat merangsang
                                                    minat murid terhadap topik tersebut


                             CABARAN
                             C A BA RA N
                             MINDA
                             MI ND A                Soalan-soalan yang mencabar pemikiran murid


                              Malaysiaku            Maklumat terkini tentang pencapaian Malaysia
                              Malaysiaku
                                                    dalam bidang sains dan teknologi



                             Hari ini dalam
                              sejarah               Maklumat tentang perkembangan saintifik dan
                                                    peristiwa sains dalam sejarah



                             Klik@Web               Maklumat lanjut bagi sesuatu topik daripada
                                                    laman web



                                                                                                     v
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12