Page 130 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 130

Pemisahan Singapura daripada Malaysia


                        29 Jun 1965


                                                                                    1 Julai 1965



                  Kegagalan  rundingan Tun Abdul
                  Razak Hussein dengan Lee Kuan Yew.               Setelah rundingan tidak berjaya, Tunku Abdul
                                                                   Rahman Putra al-Haj mengarahkan Tun
                                                                   Abdul Razak Hussein bermesyuarat dengan
                                                                   beberapa menteri seperti Dr. Ismail Abdul
                                                                   Rahman, Tan Siew Sin dan V.T. Sambanthan
                                                                   untuk berbincang tentang pemisahan.
                      Awal Ogos 1965


                  Mesyuarat  Khas Kabinet  Malaysia
                  bersetuju dengan rancangan pemisahan.

                                                                                     7 Ogos 1965


                                                                      Tunku Abdul   Rahman Putra   al-Haj
                                                                      dan
                                                                          Lee
                                                                               Kuan
                                                                                    Yew menandatangani
            BAB 6       9 Ogos 1965                                   persetujuan  untuk  Singapura  keluar
                  Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa   usul      daripada Malaysia.
                  pemisahan Singapura ke dalam Parlimen Malaysia.
                  Parlimen meluluskan rang undang-undang pemisahan
                  Singapura.

                                  Menurut Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, pemisahan Singapura merupakan
                                  perkara yang tidak dapat dielakkan.

                                  ... so it does seem completely impossible to arrive at a solution whereby we can hope to
                                  pull along together and to work together in the interest and for the common good of our
                                  beloved country.
                                  Ucapan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam Penyata Perbahasan di Dewan Rakyat, 9 Ogos 1965.

                                                   Pemisahan Singapura daripada Malaysia tidak dapat
                                                   dielakkan.  Kerajaan  mengambil  langkah  mengeluarkan
                                                   Singapura  daripada  Malaysia  bagi  menjaga  kepentingan
                                                   kedua-dua negara dan kemakmuran rakyat. Kedua-dua negara
                         Membuat Rasionalisasi     menggunakan saluran rundingan untuk menyelesaikan isu ini.
                                                   Sebagai warganegara yang merdeka, kita perlu mengelakkan
                  Rasionalkan tindakan Tunku Abdul   unsur kekerasan dalam menyelesaikan sebarang konflik.
                  Rahman Putra al-Haj memisahkan
                  Singapura daripada Malaysia.

                120
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135