Page 133 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 133

Langkah Membanteras Ancaman Komunis

                                                   Operasi Hammer dilancarkan. Tiga kampung baru dibuka
                         6 Julai 1965              di Bahagian Pertama.



                                                   Operasi besar-besaran rampasan senjata di Bahagian
                         8 Ogos 1969
                                                   Ketiga.



                         24 Februari 1970          Operasi Jala Raja di Nonok (Asajaya), Bahagian Pertama.




                         8 Ogos 1971               Operasi Ngayau dilancarkan di Bahagian Ketiga.



                                                   Rajang Area Security Command (RASCOM) dibentuk
                         26 Mac 1972
                                                   di Bahagian Ketiga.



                         21 Oktober 1973           Operasi Sri Aman dilancarkan.



                                                   Operasi Sri Aman ditamatkan. Anggota komunis menyerah
                         4 Julai 1974                                                                           BAB 6
                                                   diri.


                                                   Perjanjian damai menamatkan ancaman komunis yang
                         17 Oktober 1990
                                                   diadakan antara pihak komunis dengan kerajaan Sarawak.


                        Langkah membanteras komunis melalui
                    usaha memenangi hati rakyat menyebabkan          INFORMASI
                    komunis tidak mendapat sokongan penduduk.
                                                                  1.  Selain Operasi Hammer, terdapat Operasi Letter
                    Pada 21 Oktober 1973, Datuk Patinggi Abdul       Box yang dilancarkan pada 22 Julai 1965 untuk
                    Rahman Ya’kub selaku Ketua Menteri Sarawak       mendapatkan maklumat tentang pergerakan
                    menandatangani memorandum persefahaman           komunis. Pada 26 Mac 1972, Tun Abdul Razak
                    di Rumah Sri Aman. Anggota komunis CCO           Hussein mengisytiharkan  Bahagian  Ketiga
                                                                     sebagai  RASCOM bagi mempercepat usaha
                    menyerah diri. Peristiwa ini membawa kepada
                                                                     membanteras ancaman komunis. Kawasan
                    berakhirnya ancaman komunis  di Sarawak.
                                                                     tumpuan ialah Sibu, Mukah, Kanowit, Sarikei,
                    Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membatalkan    Binatang (Bintangor) dan Julau.
                    sekatan keselamatan di kawasan Operasi        2.  Operasi  Sri Aman pula  diadakan pada bulan
                    Hammer di Kuching-Serian pada 5 Mac 1980.        Oktober 1973 bertujuan membanteras ancaman
                                                                     komunis di Sri Aman, Sarawak. Operasi ini
                                                                     melibatkan pasukan  keselamatan  termasuk
                                                                     tentera dan polis. Pergerakan komunis  telah
                                                                     disekat menyebabkan komunis mengalami
                                                                     kesukaran untuk bergerak.

                                                                                                        123
                                                                                                        123
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138