Page 164 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 164

Kejayaan Malaysia Kebanggaan
                                                                   Bersama

                                                           Kejayaan pasukan negara dalam pertandingan
                                                           sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik, Sukan
                                                           Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan Pestabola
                                                          Merdeka merupakan hasil kerjasama serta kesungguhan
                                                         pelbagai pihak. Dalam pasukan seperti bola sepak, hoki,
                                                        badminton, renang, boling dan olahraga, pemain dan
                                                       jurulatih bekerjasama  tanpa mengira kaum. Kejayaan
                                                      pasukan negara ini merupakan harapan seluruh rakyat
                                                    Malaysia. Jelaslah bahawa sukan memainkan peranan yang
                                                  penting dalam membentuk sebuah pasukan yang bersatu dan
                                                saling bekerjasama untuk mencapai kejayaan.
                                                       Malaysia turut melakar kejayaan dalam sukan paralimpik
                                         seperti Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia. Atlet negara menunjukkan
                                     prestasi cemerlang dengan meraih kemenangan dalam pelbagai jenis sukan
                               seperti olahraga dan memanah.














                                                             Pasukan hoki  kebangsaan  dalam  pertandingan
                                                             Hoki Piala Dunia 1975, diperkenalkan kepada
                                                             Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong V,
            BAB 7                                            Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum
                                                             Sultan Badlishah.
                                                             Sumber: Arkib Negara Malaysia.
                  Pasukan bola sepak kebangsaan berjaya melayakkan
                  diri ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980
                  selepas mengalahkan Korea Selatan 2-1.
                  Sumber: Ahmad Sarji Abdul Hamid, 2008. Sports and
                  Recreation. Kuala Lumpur: Editions Didier Millet.







                  Senaraikan sukan yang anda ketahui mempunyai
                  pemain dan jurulatih pelbagai kaum di Malaysia.


                          Membuat Interpretasi
                                                             Pasukan badminton Malaysia menjuarai Piala Thomas
                  Bagaimanakah perpaduan kaum dalam pasukan   pada tahun 1967 selepas mengalahkan Indonesia 6-3.
                  membawa kejayaan kepada sukan negara?      Sumber: Arkib Negara Malaysia.

                154
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169