Page 160 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 160

7.4    Dasar Kebudayaan Kebangsaan


                  Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk bagi mewujudkan perpaduan negara dan integrasi nasional
                  melalui aspek kesenian dan kebudayaan. Dasar ini menjadi garis panduan masyarakat bagi membentuk
                  dan mengekalkan identiti sebagai warganegara Malaysia.

                       Sejarah Pembentukan

                                                                     “Kita mesti menggubal satu identiti
                  Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah                  bangsa Malaysia dengan mengambil
                  digubal dan diperakui melalui Kongres              kira semua kaum dan agama. Saya
                  Kebudayaan Kebangsaan pada tahun                   menegaskan  bahawa  sudah  sampai
                  1971. Kongres ini boleh dianggap sebagai           ketikanya bagi kita menentukan
                  lanjutan daripada Kongres Rakyat 1956,             identiti atau keperibadian kebangsaan
                  iaitu Kongres Kebudayaan Melayu.          sebagai satu bangsa yang mempunyai maruah
                  Kongres ini dirasmikan oleh Perdana       dan martabat seperti bangsa-bangsa lain yang
                  Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul         merdeka dan berdaulat di dunia ini”.
                  Razak Hussein di Dewan Tunku Canselor,    Petikan ucapan Tun Abdul Razak Hussein ketika
                  Universiti Malaya, Kuala Lumpur.          merasmikan Kongres Kebudayaan Kebangsaan.
                  Kongres ini dianjurkan oleh Kementerian
                                                            Sumber: Abdul Latiff Abu Bakar, 1987. Kebudayaan
                  Kebudayaan, Belia dan Sukan.              Kebangsaan dalam Pembinaan Negara Bangsa Malaysia.
                                                            Kuala Lumpur: Biro Pendidikan Umno Malaysia.



                             Huraian tentang tiga prinsip utama
                             Dasar Kebudayaan Kebangsaan.           Prinsip Utama

                                                             Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
                                                             berteraskan tiga prinsip utama.
            BAB 7        Membuat Rasionalisasi                      Kebudayaan Kebangsaan
                                                                      Prinsip Utama Dasar

                  Rasionalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
                  ke arah memupuk keperibadian kebangsaan.


                  INFORMASI                                         Berteraskan kebudayaan rakyat
                                                                  asal rantau Melayu sebagai tunjang
                  Kongres Kebudayaan Kebangsaan Kali Kedua         Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
                  diadakan di UKM pada 15 April 2017. Antara
                  resolusi kongres tersebut termasuklah:
                    •  Memperkasakan Kebudayaan Nasional
                                                                     Unsur kebudayaan lain yang
                       sebagai identiti bangsa.                    sesuai dan wajar diterima sebagai
                    •  Menyemarakkan bahasa Melayu
                                                                          elemen penting.
                       sebagai bahasa kebangsaan.
                    •  Mempertahankan Perlembagaan
                       Persekutuan.
                    •  Mengukuhkan Rukun Negara sebagai            Islam menjadi unsur yang penting
                                                                      dalam pembentukan Dasar
                       tiang seri negara bangsa.
                    •  Pendidikan sebagai alat penyatuan bangsa.      Kebudayaan Kebangsaan.


                150
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165