Page 217 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 217

Penentangan Dasar Aparteid

                    Dasar Aparteid menjadi isu penting yang menarik
                    perhatian Komanwel. Malaysia  turut  lantang
                    menentang dasar ini.
                       Asas penentangan Malaysia disebabkan
                    dasar ini  menyalahgunakan hak     asasi
                    manusia dengan membezakan hak seseorang
                    berdasarkan warna kulit. Ketegasan Malaysia
                    bersama-sama negara lain menyuarakan isu ini   Lawatan Nelson Rolihlahla Mandela ke Malaysia pada
                                                              tahun 1997.
                    dalam Komanwel menyebabkan Afrika Selatan
                                                              Sumber: Arkib Negara Malaysia.
                    menarik diri daripada Komanwel.
                    Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM)


                    Malaysia turut terlibat dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) yang
                    diadakan dua tahun sekali. Persidangan ini diadakan bagi membincangkan isu semasa antarabangsa
                    yang berkaitan dengan negara anggota. Pada tahun 1989, Malaysia dipilih menjadi tuan rumah
                    persidangan ini.

                    Sukan Komanwel


                    Sukan Komanwel    merupakan sukan yang
                    kedua terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik.
                    Sukan ini diadakan setiap empat tahun sekali.
                    Penyertaan Malaysia dalam sukan ini mampu
                    mengeratkan hubungan antara negara anggota.
                    Pencapaian atlet kita dalam sukan ini telah Atlet negara bersama-sama pemimpin negara semasa
                    mengharumkan nama negara. Malaysia pernah   Sukan Komanwel 1998.
                    menjadi tuan rumah sukan ini pada tahun 1998.  Sumber: Arkib Negara Malaysia.

                     Penyertaan Malaysia dalam Komanwel       INFORMASI
                     membawa manfaat yang besar dari sudut
                     ekonomi, sosial dan politik kepada negara.   Dasar Aparteid merujuk pemisahan antara kaum kulit
                                                             putih  dengan kaum  kulit  hitam  yang  dilaksanakan
                     Malaysia turut terlibat dalam program   di  Afrika  Selatan  dari  tahun  1948  hingga  tahun  1999.
                     yang dilaksanakan oleh badan dunia ini
                                                             Kaum  kulit  hitam  dianggap sebagai  golongan yang
                     yang menonjolkan  kewibawaan negara
                                                             mempunyai kedudukan yang rendah dan diberi layanan
                     kita pada peringkat dunia selain lantang  kelas kedua dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi,
                     menyuarakan pandangan dalam pelbagai    sosial atau politik. Semua bentuk diskriminasi perkauman
                     isu. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah   adalah sah dari segi undang-undang bagi membolehkan   BAB 9
                     bekerjasama memastikan negara kita      kaum kulit putih mengekalkan dominasi mereka. Tindakan
                     dihormati oleh negara lain.             kaum kulit putih ini bertentangan dengan prinsip hak
                                                             asasi manusia.




                                                             Nyatakan faedah yang diperoleh Malaysia melalui
                          Negara-negara Komanwel.
                                                             pelibatan dalam Komanwel.
                                                                                                        207
   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222