Page 221 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 221

Negara anggota ASEAN merupakan rakan dagang Malaysia yang penting. Kerjasama ekonomi
                    ASEAN bermula sejak tahun 1970-an.
                      •   Pada tahun 1978, Projek Industri ASEAN (AIP) dimulakan. Antara projek yang berjaya
                        termasuklah pengeluaran baja urea di Indonesia (1984) dan Malaysia (1986).
                      •   Pengeluaran baja fosfat dan kuprum di Filipina serta penghasilan serbuk soda di Thailand juga
                        berjaya dilaksanakan.
                      •  Potensi perdagangan antara negara ASEAN yang besar menyebabkan Malaysia mempromosikan
                        dan menyokong konsep integrasi ekonomi ASEAN. Sokongan ini diharap mewujudkan satu
                        pasaran tunggal ASEAN yang bebas seperti penggunaan mata wang ASEAN.
                      •   Dalam meningkatkan perdagangan antara negara ASEAN ini, beberapa insentif dilaksanakan
                        termasuklah melalui Skim Keutamaan Perdagangan (SKP) yang dicadangkan pada tahun 1976
                        dan dilaksanakan pada tahun 1978.
                      •   Pemotongan cukai barangan dilakukan melalui skim ini. Malaysia menawarkan pemotongan
                        cukai ke atas pelbagai jenis produk keluaran negara anggota ASEAN.






                    Malaysia  menjalinkan kerjasama  sosial  melalui  penubuhan
                    Southeast Asian Ministers of Education Organization–SEAMEO
                    (Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara).
                      •  Kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan dengan
                        pendidikan, pertukaran pelajar dan penubuhan pusat
                        serantau pendidikan seperti pembinaan The Regional
                        Centre for Education in Science and Mathematics – RECSAM
                        (Pusat Serantau Pendidikan untuk Sains dan Matematik)
                        di Pulau Pinang.
                      •  Kerjasama dalam bidang kebudayaan dilaksanakan seperti   Tun Hussein Onn, Perdana Menteri
                                                                            Malaysia ketiga, berucap dalam
                        mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui  Sidang Kemuncak  pada  23–25



                        penubuhan Tabung Kebudayaan ASEAN.                  Februari   di Bali  Indonesia.






                      • Sukan  SEA dilaksanakan  untuk  menjalinkan  kerjasama  Sumber  Ar  Negar  Malaysia.
                        dalam sukan.
                          RECSAM dan Sukan SEA.
                                                                 INFORMASI
                    Malaysia merupakan antara pelopor kepada   Logo ASEAN menunjukkan 10
                    penubuhan ASE  da  aktif  dalam  pertubuhan


                    ini sehinggakini.  Sejak  penubuhannya, ASEAN   tangkai padi yang melambangkan              BAB 9
                                                               impian  pengasasan ASEAN,
                    berjaya membuktikan kejayaannya dalam      iaitu 10 buah negara yang diikat
                    pelbagai bidang dan dihormati oleh pihak luar   oleh semangat persahabatan


                    sebagai sebuah organisasi yang sangat penting   dan perpaduan.  Moto ASEAN
                    di  rantau  Asia  Tenggara.  Pelibatan  Malaysia  ialah keamanan, kestabilan, kegigihan, kedinamikan,
                    yang aktif dalam pertubuhan ini menunjukkan   kesucian dan kemakmuran.
                    semangat persahabatan serantau yang kukuh
                    dan sangat penting kepada kemakmuran serta
                    kemajuan negara.                           Murid dikehendaki menyenaraikan lima bendera ASEAN.
                                                                                                        211
   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226