Page 233 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 233

Cakna dan Cerminan Sejarah


                    Nilai, Patriotisme dan Iktibar

                      ●  Hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dengan negara lain penting bagi mengukuhkan
                        kedudukan negara dalam pelbagai aspek, iaitu ekonomi, sosial dan politik.
                      ●  Pelibatan Malaysia dalam beberapa organisasi dunia seperti PBB dan OIC mencerminkan sikap
                        keprihatinan dan tanggungjawab negara dalam menangani dan menyelesaikan masalah yang
                        berlaku sama ada di dalam negara atau di luar negara.


                    Diri dan Keluarga
                    Sikap ambil tahu dan bertanggungjawab amatlah penting dalam diri seseorang untuk kebaikan
                    keluarganya dan masyarakat bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan dapat dikekalkan.

                    Negara
                    Hubungan baik antara Malaysia dengan negara serantau mampu membangunkan negara. Sikap
                    prihatin negara kita terhadap isu yang berlaku pada peringkat serantau dan antarabangsa membuka
                    mata negara lain untuk turut menghulurkan bantuan kepada negara yang memerlukan.




































                    Bangunan PBB di New York, Amerika Syarikat.                                                 BAB 9










                                                                                                        223
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238