Page 236 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 236

10.1  Malaysia dalam Isu Global Kontemporari


                  Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi pelbagai perkembangan yang berlaku pada peringkat
                  antarabangsa. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sikap terbuka, isu pada peringkat global
                  sama ada isu ekonomi, sosial mahupun politik turut mempengaruhi perkembangan negara kita.
                  Sikap dan pandangan Malaysia tentang isu tersebut turut disuarakan dalam pelbagai pertubuhan
                  antarabangsa.  Dalam  keadaan ini, kemampuan Malaysia  menangani  pelbagai  isu dengan baik,
                  tanpa  sebara  konfli  menunjukka  kebijaksanaa  pemimpi  negara  I  global  ini  termasukla
                  isu ekonomi dan persempadanan. Kemampuan Malaysia menangani isu ini dengan berkesan
                  membolehkan kedudukan Malaysia dihormati oleh negara lain. Antara isu global yang dihadapi oleh
                  Malaysia termasuklah penyalahgunaan dadah, pertindihan sempadan, kempen antiminyak sawit,
                  pemerdaganga  ora  da  penyakit  berjangkit.


                   Penyalahgunaan Dadah

                  Penyalahgunaan dadah merupakan isu global yang dihadapi oleh Malaysia. Dalam hal ini, Malaysia
                  antara negara yang mengisytiharkan perang terhadap penyalahgunaan dadah dan menjatuhkan
                  hukuman berat kepada pesalah dadah.
                     •  Kesungguhan Malaysia memerangi bahaya penyalahgunaan dadah disuarakan dalam forum
                       antarabangsa seperti International Drug Enforcement Conference – IDEC (Persidangan
                       Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa) yang ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Amerika Syarikat.
                     •  Malaysia turut mendapatkan kerjasama daripada International Criminal Police Organization
                       – INTERPOL (Polis Antarabangsa) dalam usaha memerangi dadah serta bekerjasama dengan
                       negara lain bagi menggubal strategi operasi menangani masalah ini.
                     •  Kelantangan  Malaysia  memerangi  dadah  turut  disuarakan  dalam  forum  PBB  apabila
                       Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat terpilih sebagai Ketua
                       Jawatankuasa Antidadah Antarabangsa pada tahun 1988.























            BAB 10


                  Delegasi negara anggota ASEAN dalam Mesyuarat Kali ke-40 Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai
                  Perkara Dadah di Siem Reap, Kemboja, 2019.
                  Sumber: Portal rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri.

                226
   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241